Hubungan Bersatu-UMNO diputuskan petang ini – Hamzah

 Hubungan Bersatu-UMNO diputuskan petang ini – Hamzah

Oleh Mohd Kamal Ahmad 

KUALA LUMPUR, 4 Mac : Majlis Tertinggi BERSATU petang ini akan membincangkan surat Presiden UMNO mengenai keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu bahawa tiada kerjasama dengan BERSATU dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Mesyuarat ini adalah susulan kepada mesyuarat Biro Politik BERSATU petang semalam  dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah membincangkan berkaitan surat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertarikh 26 Februari 2021 lalu, berhubung keputusan MT UMNO pada 19 Februari 2021 di Janda Baik, Pahang.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan pagi ini berkata, dalam hal ini Biro Politik semalam mengambil maklum keputusan MT UMNO iaitu pertama, tiada kerjasama dengan BERSATU dalam PRU-15.

Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Beliau berkata, perkara kedua yang Biro Politik BERSATU ambil maklum ialah, kebersamaan UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

“Sehubungan itu, Biro Politik mengambil  ketetapan bahawa pendirian BERSATU akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BERSATU pada petang ini.

“Pendirian tersebut akan dibincangkan juga dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang bersama parti-parti komponen PN yang lain iaitu PAS, STAR, SAPP dan Gerakan,” katanya.

 

 

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  29  =  38