Hospital medan dibuka di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim

 Hospital medan dibuka di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim

Hospital medan dibuka di HTSMTI bagi menampung lebih ramai pesakit COVID-19.

JOHOR BAHRU, 11 Sept — Sebuah hospital medan dibuka di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai bagi menampung keperluan pesakit COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kemudahan itu disediakan apabila hospital berkenaan telah menerima limpahan pesakit COVID-19 melebihi kapasiti dalam tempoh empat minggu kebelakangan ini.

Langkah itu juga selaras dengan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negeri ini, selain kapasiti penggunaan katil di HTSMTI yang melebihi 100 peratus.

“Pihak pengurusan hospital telah mendapatkan kerjasama MERCY Malaysia dalam mewujudkan hospital medan berkenaan berserta kelengkapan peralatan operasi yang mampu menempatkan sehingga 50 pesakit.

“Khemah hospital medan ini juga yang mempunyai kemudahan bilik air (enam unit tandas dan dua unit bilik mandi) serta mempunyai ventilasi yang bersesuaian untuk menempatkan pesakit yang telah melepasi tahap kritikal COVID-19 sementara menunggu tarikh discaj,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hospital Medan MERCY Malaysia yang bermula pada 4 September lalu akan beroperasi selama dua bulan hingga pertengahan November 2021.

Hingga hari ini, seramai 75 pesakit dirawat di hospital medan tersebut dan tujuh pesakit aktif masih menjalani rawatan.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

83  −  73  =