Hospital Medan ATM di HSA rawat hampir 200 pesakit

 Hospital Medan ATM di HSA rawat hampir 200 pesakit

Hospital Medan ATM di HSA, Johor Bahru yang mula beroperasi pada 21 Jun lalu masih mempunyai ruang yang boleh digunakan sebagai wad tambahan pada masa depan.

JOHOR BAHRU, 18 Jul -– Sejak beroperasi mulai 21 Jun lalu, Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pekarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini sudah merawat seramai 191 pesakit.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan memberitahu, daripada jumlah tersebut, seramai 63 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.

“Pada 15 Julai lalu, masih terdapat seramai 63 pesakit COVID-19 yang mendapatkan rawatan di Hospital Medan berkenaan.

“Seramai 12 daripada mereka dalam kategori 1, 22 pesakit dalam kategori 2, 27 pesakit dalam kategori 3 dan dua pesakit dalam kategori 4, manakala empat pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Hospital Medan tersebut yang mempunyai kapasiti 60 katil wad dan empat katil ICU dkendalikan oleh 144 petugas.

Vidyananthan berkata, hospital medan itu masih mempunyai ruang yang boleh digunakan sebagai wad tambahan bagi pesakit kategori 1 dan 2 sekiranya keadaan memerlukan pada masa depan.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  9  =  11