Hospital Medan ATM di HSA henti operasi

 Hospital Medan ATM di HSA henti operasi

JOHOR BAHRU – Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini bagi merawat pesakit COVID-19 ditamatkan operasinya secara rasmi pada 16 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata, penutupan itu dibuat setelah beroperasi selama enam bulan sejak 6 Jun 2021.

Menurutnya, dalam tempoh tersebut, Hospital Medan berkenaan telah memberi rawatan kepada1,592 pesakit COVID-19.

“Hospital Medan ATM HSA telah diaktifkan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor dengan kerjasama ATM pada 6 Jun 2021 dan mula menerima pesakit COVID-19 pada 21 Jun 2021.

Hospital Medan ATM di HSA, Johor Bahru yang mula beroperasi pada 21 Jun lalu kini ditutup operasinya secara rasmi.

“Hospital Medan yang terletak di pekarangan HSA ini mempunyai kapasiti sebanyak 60 katil wad dan empat katil Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum 16 katil ditambah untuk menampung bilangan kemasukan pesakit yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sepanjang tempoh pengoperasiannya, hospital berkenaan dikendalikan seramai 70 anggota ATM dan 74 kakitangan HSA.

“Kerjasama yang baik telah dipamerkan pelbagai agensi dalam penubuhan dan pengoperasian hospital ini. 

“Sehubungan itu, kerajaan negeri menyampaikan penghargaan dan tahniah kepada semua barisan hadapan dan agensi terlibat dalam menjayakan pengoperasian Hospital Medan ATM HSA ini,” ujarnya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *