Heroin Twilight sebijik macam Puteri Diana!

 Heroin Twilight sebijik macam Puteri Diana!

Pelakon Kristen Stewart akan membintangi filem baru Spencer sebagai Puteri Diana.

Menurut Sky News, Kristen, 30 yang popular setelah membintangi filem romantik Twilight, akan memainkan watak “Princess of Wales” itu di era ’90-an, ketika mendiang puteri tersebut memutuskan untuk bercerai dengan Putera Charles.

Pelakon itu berkata: “Filem Spencer merupakan satu karya yang menerokai emosi Puteri Diana dikala beliau mengalami satu titik perubahan yang besar di dalam hidupnya.

“Ia satu pengalaman yang begitu penting; transformasi beliau bermula dan berakhir dengan nama keluarganya sebelum beliau berkahwin – Spencer.

“Karya ini akan menunjukkan usaha beliau untuk kembali ke asal – sebagai wanita, dan juga bagaimana nama Spencer itu begitu bermakna untuk dirinya.”

Pegambaran filem arahan Pablo Larrain ini akan dijalankan di UK serta Jerman, dan akan dilancarkan tahun depan, sempena ulangtahun kematian Puteri Diana ke-25.

Pelakon lain termasuklah Timothy Spall, Sally Hawkins dan Sean Harris. Ketika ini belum diketahui siapa yang akan memainkan watak Putera Charles.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  1