Hero Remaja 2018 Alif Muhaimin bakal tamatkan zaman bujang?

 Hero Remaja 2018 Alif Muhaimin bakal tamatkan zaman bujang?

PETALING JAYA: Pelakon meningkat naik, Alif Muhaimin mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujang sekitar tahun depan.

Bagi pelakon Marry Me Senorita itu, usianya yang sudah menjengah 27 tahun adalah masa yang terbaik untuk memikirkan masa hadapan beralih ke fasa berumah tangga.

“Bagusnya apabila sudah ada pasangan, ia membuatkan saya rasa teringin untuk berkahwin.

“Insya-Allah, jika ada rezeki tahun depan kami akan langsungkan perkahwinan.

“Harap semuanya berjalan dengan lancar andai prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada apa-apa perubahan,” kongsi juara program realiti Hero Remaja 2017/2018 tersebut.

Menurut Alif, kelebihan mempunyai buah hati, mereka dapat berkongsi dan bertukar pandangan tentang sesuatu perkara.

“Bersama kekasih, saya lebih senang dan tenang sebab kalau ada masalah, kami ikhtiar bersama-sama menyelesaikannya,” tambah pemilik nama penuh Alif Muhaimin Abdul Rahman itu.

Mengulas lanjut tentang hubungannya dengan gadis yang dikenali sebagai Sara, pemuda berkenaan mengenalinya pada Mac tahun lalu.

“Kami berkenalan menerusi Instagram. Saya suka melihatnya ketika membuat sesi live kerana banyak memberi inspirasi.

“Bahkan dia seorang yang bijak dan setiap jawapan diberikan memang lain daripada lain. Tambahan pula, Sara juga lucu orangnya,” cerita Alif.

Dalam perkembangan terkini, jejaka yang tidak lekang dengan senyuman itu sedang sibuk dengan pembabitan karier baharunya selaku pengacara untuk program jelajah bagi siaran di RTM di bawah produksi Onechinoiz Studios.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

13  −  10  =