• Monday, 21 June 2021, 2:25 am

“Hentikan serangan di Palestin” – PBB

 “Hentikan serangan di Palestin” – PBB

Oleh Iqhram Ahmad

 

Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michelle Bachelet mengatakan serangan Israel bandar Gaza yang dikepung yang mengorbankan lebih 200 penduduk Palestin baru-baru inki mungkin merupakan “jenayah perang” jika mereka terbukti tidak mempunyai alasan yang kukuh.

Ketika sesi khusus Hak Manusia PBB, yang dibuat atas permintaan Palestin, Pakistan dan Pertubuhan Kerjasama Islam semalam, Bachelet mengatakan tiada sebarang bukti bahawa bangunan awam di Gaza yang diserang jet pejuang Israel itu digunakan untuk tujuan ketenteraan.

“Serangan Israel mengakibatkan bilangan kematian penduduk serta kemusnahan yang besar di kawasan terkepung, yang menempatkan lebih dua juta orang. Sekiranya Israel tiada bukti yang kukuh, serangan berkenaan akan dikategorikan sebagai jenayah perang.

“Walaupun dilaporkan sasaran sebenar adalah anggota kumpulan bersenjata dan infrastruktur ketenteraan mereka, serangan Israel mengakibatkan kematian dan cedera orang awam yang luas, serta pemusnahan dan kerosakan besar-besaran pada benda awam” kata Bachelet kepada di Geneva yang dianggotai 47 orang.

Beliau juga mendesak Hamas, yang menjalankan Gaza, untuk menahan diri dari menembak roket secara sembarangan di wilayah Israel.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan di Gaza, serangan 11 hari yang bermula pada 10 Mei lalu, membunuh sekurang-kurangnya 253 orang Palestin, termasuk 66 kanak-kanak, dan mencederakan lebih dari 1,900 orang.

Kata Bachelet, bangunan pemerintah, rumah kediaman, organisasi kemanusiaan antarabangsa, kemudahan perubatan dan pejabat media turut ‘terkena’ tempias serangan berkenaan selain menyebutnya sebagai “penjara terbuka terbesar di dunia”.

“Walaupun Israel menuntut bahawa banyak bangunan ini menampung kumpulan bersenjata atau digunakan untuk tujuan ketenteraan, kami belum melihat sebarang bukti mengenainya.

“Tidak ada keraguan bahawa Israel memiliki hak untuk mempertahankan negara dan penduduknya, namun rakyat Palestin juga mempunyai hak yang sama,” kata Bachelet.

Selama lebih 53 tahun, Palestin telah diserang serta penduduknya dihalau oleh rejim Zionis Israel. Walaupun telah bertahun-tahun perkara ini dibawa ke PBB, tiada sebarang tindakan telah diambil.

Adakah Israel terlepas daripada sebarang pendakwaan kerana di sokong oleh kuasa besar seperti British dan Amerika Syarikat? Hanya masa akan membongkarkan sebabnya.

Selama berpuluh-puluh tahun, rakyat palestin telah dibunuh serta dihalau daripada tanah sendiri sebagai sebahagian daripada pembersihan etnik dan penjajahan Israel.

Sebagai umat Islam, kita harus percaya bahawa Palestin akan bebas daripada cengkaman Israel pada satu hari nanti dan perjuangan ini akan disaksikan seluruh dunia.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *