Hentikan politik wang – Wan Saiful

 Hentikan politik wang  – Wan Saiful

Ketua Penerangan BERSATU Datuk Wan Saiful Wan Jan

MELAKA, 19 Nov — Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan meminta pihak yang didakwa terlibat dalam politik wang pada PRN Melaka untuk menghentikan segera budaya politik buruk itu.

Gesaan tersebut dibuat selepas didapati ada pihak didakwa melakukan aktiviti membeli undi yang berlaku menjelang hari mengundi yang bakal berlangsung pada Sabtu.

“Secara spesifiknya, tuduhan itu ialah para pengundi diberikan RM400 sebagai sogokkan untuk mengundi calon-calon tertentu di DUN-DUN Bemban, Rim, Tanjung Bidara, Pantai Kundor, Duyong, Gadek, Ayer Limau dan Rembia.

“Saya belum mendapat maklumat jika membeli undi ini berlaku di DUN lain,” katanya.

Malah Wan Saiful telah mengarahkan jentera Perikatan Nasional untuk mengumpulkan bukti yang lebih jelas agar laporan dapat dibuat.

“Politik wang adalah budaya politik yang buruk. Hari ini mereka menaburkan wang untuk membeli kemenangan, tapi jika menang mereka merompak wang untuk diri sendiri sahaja.

“Saya yakin rakyat negeri Melaka tidak akan tertipu dengan usaha membeli undi sebegini. Mari kita hentikan politik wang. Mari kita bina budaya baru berteraskan integriti bersama Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

74  −  66  =