‘Helping Hand Gerakan’ inisiatif bantu gelandangan KL

 ‘Helping Hand Gerakan’ inisiatif bantu gelandangan KL

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Peningkatan gelandangan di negara ini, khususnya di bandar, semakin membimbangkan dan sudah menjadi isu nasional yang perlu ditangani bersama.

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, sebagai salah satu komponen dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), parti itu nekad turun membantu.

Justeru, beliau menggerakkan program ‘Helping Hand Gerakan’ bagi membantu golongan ini berdepan cabaran menempuh suasana pandemik COVID-19 di ibu kota.

“Semasa penularan COVID-19, kadar gelandangan sudah meningkat antara 20 hingga 30 peratus, oleh yang demikian ibu negara adalah satu tempat yang tertinggi sekali dengan 50 peratus daripadanya terletak di sini disusuli Johor dan Sarawak.

“Sangat penting untuk kita memberikan bantuan dan kita akan bersama-sama mereka untuk atas masalah yang mereka hadapi,” katanya kepada media semalam.

Hari ini hampir 100 gelandangan menerima pek makanan, minuman dan buah-buahan yang diedarkan di sekitar Jalan Tun H S Lee, petang tadi.

Ia adalah kesinambungan kepada program Kasih Kenyang yang digerakkan di seluruh bahagian parti itu sebelum ini.

Tambah Dominic, program Kasih Kenyang yang diberikan Jun lalu sudah meliputi 10,000 isi rumah di seluruh negara.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

62  +    =  63