Helikopter milik TLDM mendarat cemas, kru selamat

 Helikopter milik TLDM mendarat cemas, kru selamat

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Semua kru helikopter jenis Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mendarat cemas di sini, hari ini dilaporkan selamat.

Dalam sebuah kenyataan, Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Perak memaklumkan kejadian 12 tengah hari itu berlaku ketika helikopter berkenaan sedang membuat penerbangan operasi.

“Semua kru berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.

“Insiden ini juga tidak membabitkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut TLDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Insiden itu adalah kejadian kemalangan pertama seumpamanya yang membabitkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM iaitu KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut.

 

 

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  7  =