#WAAW: Hazama jual laksa waktu PKP

 #WAAW: Hazama jual laksa waktu PKP

PETALING JAYA : Penyanyi, Hazama  menjelaskan karier seni masih diberi fokus utama, namun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia lebih banyak mengisi masa membantu isteri menjual asam laksa.

Berkongsi cerita mengenai perniagaannya itu, Hazama meluahkan rasa syukur semakin berkembang maju kini. Malah, Hazama berkata dia mula menjual di platform e-dagang Shopee.

“Saya sangat bersyukur kerana dalam situasi pandemik yang kita hadapi sekarang, saya berkesempatan untuk wujudkan satu sumber pendapatan lain.

“Sekarang pun ia dah mula berkembang dan mula dijual di platform e-dagang seperti Shopee. Jadi, dapat saya jual laksa saya bukan sahaja dalam daerah berdekatan, tetapi kepada pelanggan yang tinggal lebih jauh,” katanya.

Dalam pada itu, Hazama berkata dia akan mendalami ilmu perniagaan dan belajar lagi bagaimana untuk menambah baik perniagaan serta produknya.

“Kalau sebelum ini, laksa saya hanya boleh dimakan sehari, jadi sekarang saya nak kena belajar bagaimana untuk menambah baik produk makanan itu supaya boleh tahan lebih lama.

“Selain itu, saya juga akan mendalami ilmu perniagaan terutama bagi mencari mesin sesuai dan sebagainya,” katanya.

Tidak hanya berpeluk tubuh, Hazama berkata disebabkan aktiviti seni terpaksa dihentikan, dia mahu memberi fokus dengan perniagaan yang diusahakannya untuk menjana pendapatan.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  3