Hayati semangat kemerdekaan menerusi sikap prihatin

 Hayati semangat kemerdekaan menerusi sikap prihatin

KUBANG PASU, 28 Ogos — Rakyat diseru supaya menghayati semangat kemerdekaan dengan sentiasa menanam sikap prihatin yang mendalam terhadap satu sama lain.

Ketua Penerangan BERSATU Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata semangat itu bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan ke-64 pada tahun ini.

“Semangat para pejuang kemerdekaan perlu kita hayati. Mereka berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajah kerana mereka mahu negara ini ditadbir oleh anak bangsa kita sendiri.

“Kita mesti tanamkan semangat cinta negara dalam jiwa semua rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Konvoi Merdeka anjuran BERSATU Kubang Pasu di sini hari ini.

Sebahagian daripada kenderaan yang mengikuti konvoi Merdeka Kubang Pasu. WMY/Supian Ahmad

Turut hadir, Ketua Bahagian BERSATU Kubang Pasu, Halimaton Shaadiah Saad, yang juga merupakan ADUN Bukit Kayu Hitam.

Dalam program itu, sebanyak 50 kain rentang Hari Kebangsaan dinaikkan di seluruh Bahagian.

“Sambutan yang diterima amat baik daripada masyarakat pelbagai lapisan umur.

“Saya memuji usaha yang dilakukan oleh BERSATU Kubang Pasu pimpinan YB Hajah Halimahton Shaadiah.

“Ini usaha yang amat baik untuk menghidupkan bulan kemerdekaan,” katanya.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  46  =  50