Hati saya sudah berpunya, tak berminat cari yang kedua – Tengku Zafrul

 Hati saya sudah berpunya, tak berminat cari yang kedua – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui terkejut selepas terbaca ada wanita terpedaya dengan janji-janji manis ‘scammer’ yang mengaku sebagai dirinya.

Justeru, Tengku Zafrul menasihatkan golongan wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati dengan pelbagai tipu helah oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menipu.

Saya terkejut bila baca ada wanita terpedaya dengan janji-janji manis scammer yang mengaku Menteri Kewangan sehingga…

Posted by Tengku Zafrul on Monday, 13 December 2021

“Sila semak dengan pihak berkuasa sekiranya ada perkara yang mencurigakan dan jangan mudah percaya pada janji -janji manis orang yang tidak dikenali.

“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan dan menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah kerana hati saya sudah berpunya dan tidak berminat untuk mencari yang kedua,” katanya dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.

Pada Isnin, seorang guru tadika mendakwa mengalami kerugian RM4,200 selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘menteri’ menerusi laman Facebook pada awal bulan ini.

Menyedari dirinya ditipu dan tidak berpuas hati kerana suspek menggunakan nama menteri untuk menipu, wanita terbabit bertindak membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri, keluarga serta hartanya.

Menurutnya, suspek menggunakan nama Facebook Tengku Zafrul dan memperkenalkan diri sebagai Menteri Kewangan selain turut menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

91  −  84  =