Hati-hati jualan vaksin COVID-19 di media sosial

 Hati-hati jualan vaksin COVID-19 di media sosial

Oleh Suraya Ali

KUALA LUMPUR, 18 Jan — KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sebarang iklan jualan vaksin yang membuat tuntutan pencegahan atau rawatan COVID-19 termasuk menerusi media sosial. Menerusi media sosial KKM hari ini, pihak kementerian turut menasihati penjual ubat dan produk kesihatan secara dalam talian supaya lebih bertanggungjawab dengan memastikan tiga perkara sebelum mengiklankan ubat.

Sementara itu, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM menyenaraikan aspek utama sebelum pengiklanan ubat boleh dibuat oleh penjual; pertama ialah pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram). Kedua, pastikan ubat tersebut bukan ubat terkawal (No. MAL diakhiri dengan abjad A) dan akhir sekali iklan ubat hendaklah mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU).

Bagi pengguna yang ingin membuat semakan No. MAL ubat berdaftar atau No. notifikasi kosmetik, mereka boleh layari https://www.npra.gov.my/ atau download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play, Apple Store atau Huawei AppGallery.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

24  −  17  =