Hasni tekad pertahan DUN Benut 

 Hasni tekad pertahan DUN Benut 

PONTIAN, 29 Januari – Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad bertekad  mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu memilih untuk terus bertanding di kawasan itu yang disandangnya sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

“Jika diberi peluang sekali lagi, saya mahu bertanding di Benut,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina peringkat DUN Benut di Dewan Kompleks Muafakat Sungai Pinggan Benut, Pontian, semalam.

Ditanya mengenai khabar angin bahawa adik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bakal bertanding di DUN Benut, Hasni hanya menjawab ringkas sambil tersenyum.

“Lebih ramai, lebih meriah,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu. 

Semalam, Aziz Shari, 33, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pontian dilaporkan menyatakan hasrat untuk bertanding di DUN Benut.

DUN Benut antara dua kerusi yang terletak di dalam Parlimen Pontian, selain DUN Pulai Sebatang.

Pada PRU-14, Hasni menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Zulkifly Tasrep dan Mohd. Firdaus Jaafar (Pas) dengan majoriti 4,447 undi. – ENDS

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64  −  55  =