Harimau Malaya Mampu Buat Kejutan

 Harimau Malaya Mampu Buat Kejutan

KUANTAN, 12 Disember 2021 – Peluang melakar ke jayaan buat skuad Harimau Malaya keatas Vietnam pada saingan Piala AFF di Stadium Bishan, Singapura malam ini sememang tetap ada.


Walaupun rekod pertemuan sebelum ini lebih banyak berpihak kepada lawan namun tidak mustahil kemenangan dapat diraih anak buah jurulatih Tan Cheng Hoe.


Bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, secara peribadi dia pendapat peluang untuk skuad negara memenangi perlawanan malam ini tetap ada memandangkan pada pretasi yang ditunjukkan pemain dalam dua perlawanan terdahulu.


Menurutnya, cabaran berat kini digalas pemain yang dilihat memiliki semangat serta kesungguhan tinggi, mereka tampil dengan misi mencipta kejayaan pada kejohanan kali ini.


“Saya mengharapkan pemain Harimau Malaya yang diturunkan malam ini tidak mudah hilang fokus dan bermain saperti yang telah di tunjukkan dalam dua perlawanan sebelum ini.


“Percaturan jurulatih (Cheng Hoe) perlu diterjemahkan dengan sebaik mungkin diatas padang, sekiranya ia dapat dilakukan saya yakin kemenangan pasti berpihak pada pasukan negara.


“Insyallah skuad Harimau Malaya boleh berjaya bagi menutup rekod kecewa sebelum ini,” katanya dihubungi, di sini hari ini.


Beliau menambah, pemain terutama jentera serangan perlu memperbaiki kelemahan menghasilkan jaringan, sebagai contoh pada perlawanan sebelum ini peluang menjaringkan gol telah terhidang namun di sia-siakan begitu sahaja walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol.


Jamal Nasir berkata, kelemahan berkenaan perlu diatasi malam ini sekiranya ingin mencatat kemenangan. Jentera serangan guna sebaik mungkin peluang yang terhidang, lakukan percubaan ke gawang lawan setiap kali ada ruang.


Katanya, bahagian tengah cuba sebaik mungkin membuka laluan dan ruang kepada penyerang untuk menghasilkan jaringan menerusi semua bahagian yang terhidang.


“Saya dapat perhatikan pasukan Vietnam memiliki beberapa kelemahan yang perlu digunakan pemain negara untuk menewaskan mereka, benteng pertahanan sebelah kiri dan kanan mereka agak longgar.


“Justeru, kita fokus untuk mengatur serangan menerusi dua laluan berkenaan dan saya yakin kita boleh menembusi kubu lawan,” katanya.


Skuad Harimau Malaya kini memimpin carta Kumpulan B dengan enam mata selepas merakam dua kemenangan ke atas Kemboja 3-1 dan Laos 4-0, sekali gus meninggalkan pencabar lain di belakang

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  1  =