Harimau Malaya kalah lagi…

 Harimau Malaya kalah lagi…

KUALA LUMPUR: Jaringan waktu kecederaan babak pertama menerusi Baddrol Bakhtiar tidak cukup untuk menghalang Malaysia daripada mengalami kekalahan besar 5-1 kepada Uzbekistan pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, malam tadi.

Tidak sampai setengah jam, pintu gol skuad kendalian Tan Cheng Hoe bolos menerusi jaringan Dostonbek Khamdamov di minit ke-17 dan m-29 untuk Uzbekistan mendahului 2-0 diikuti gol ketiga menerusi Husain Norchaev di m-33.

Benteng alpa skuad negara bocor lagi apabila Ibrokhimkhalil Yuldashev menyumbat gol m-68 sebelum sebelum Azizbek Amanov menjadikan kedudukan 5-1 di m-88.

Malaysia sebelum ini kalah 0-4 kepada Jordan pada perlawanan pertama.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  24  =  30