Harimau Selatan berjaya jinakkan Sang Penyu, mara ke akhir Piala Malaysia

 Harimau Selatan berjaya jinakkan Sang Penyu, mara ke akhir Piala Malaysia

Foto – Facebook Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU, 26 Nov — Juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah slot ke peringkat  akhir TM Piala Malaysia 2021 selepas menewaskan Terengganu FC 3-0 agregat (4-1), pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, sebentar tadi

JDT selaku juara bertahan akan berdepan KL City FC pada aksi akhir TM Piala Malaysia edisi ke-100 di Stadium Bukit Jalil, Selasa ini.

Skuad Harimau Selatan yang turun dengan semangat juang yang tinggi ternyata tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan apabila Bergson Da Silva  pantas melakukan rembatan deras dari jarak 35 meter tepat ke penjuru kiri gol menewaskan penjaga gol, Suhaimi Husin.

Foto – Facebook Johor Southern Tigers

Tidak sampai 5 minit  skuad bimbingan Nafuzi Zain dihukum sekali lagi  selepas bola gerakan menarik Ariff Aiman Hanapi di posisi sayap kiri mengumpan bola kepada Bergson yang kemudian melambung bola buat Gonzalo Cabrera merembat kencang menewaskan Suhaimi untuk meletak tuan rumah selesa mendahului 2-0.

Tuan rumah terus menambah jaringan pada minit ke-14 selepas tindakan Cabrera merampas bola daripada Habib Haroon di luar kotak penalti bertindak pantas mengumpan bola untuk Bergson yang merembat bola kencang tepat ke penjuru kanan menewaskan Suhaimi untuk kali yang ketiga.

Namun Harimau Selatan terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Safiq dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan , Muhammad Nazri Nasaruddin kerana mengasari Faisal Halim .

Foto – Facebook Johor Southern Tigers

Walaupun beraksi menentang 10 pemain JDT, skuad Penyu gagal memanfaatkan peluang untuk mencabar kekebalan benteng yang diterajui Maurinho Dos Santos dan Shane Lowry sehingga ke wisel penamat.

Azlan Abdollah

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  2