Hari Wilayah: YDP Agong seru rakyat terus bertabah hadapi PKP

 Hari Wilayah: YDP Agong seru rakyat terus bertabah hadapi PKP

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR, 31 Jan – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2021 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, disamping menasihati rakyat jelata supaya terus bertenang, tabah dan cekal menghadapi PKP serta pelaksanaan Proklamasi Darurat demi kepentingan dan keselamatan diri bersama serta negara.

Baginda menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan sekalian rakyat untuk meraikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini meskipun dalam suasana norma baharu dan masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat, khususnya para petugas barisan hadapan, yang telah menunjukkan semangat solidariti, kesepaduan dan daya ketahanan yang tinggi dalam menghadapi serta memerangi penularan wabak COVID-19. Memandangkan situasi wabak di negara ini berada di tahap kritikal, Baginda menzahirkan harapan agar rakyat terus beristiqamah dalam kawalan kendiri dan berdisiplin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan. Sememangnya, dengan pelaksanaan PKP, Baginda amat memahami cabaran yang dihadapi, khususnya aktiviti ekonomi harian rakyat yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Dengan sambutan tahun ini yang bertemakan “Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin”, ianya amat selari dengan aspirasi Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi berkait dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif-inisiatif yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup warga Wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda dimaklumkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi program Wilayah Prihatin telah menyediakan pelbagai inisiatif kepada warga Wilayah Persekutuan yang terkesan akibat ancaman COVID-19.

Al-Sultan Abdullah juga menasihati rakyat menunaikan tanggungjawab sosial dan nilai-nilai murni terhadap komuniti setempat bagi memastikan keharmonian, keamanan dan  terpelihara dan kekal berpanjangan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

77  −    =  74