• Sunday, 20 June 2021, 8:26 am

Hari Wesak disambut dalam suasana norma baharu

 Hari Wesak disambut dalam suasana norma baharu

KUALA LUMPUR 26 MEI 2021. Seorang petugas menyalakan lilin di Kuil Buddhist Maha Vihara, Brickfields bersempena sambutan Hari Wesak. Terdahulu Kerajaan telah menetapkan hanya Ketua agama beserta 10 ahli jawatankuasa pengurusan kuil sahaja yang dibenarkan untuk hadir bagi upacara pada hari berkenaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan Covid-19. WMY/Supian Ahmad

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Penganut ajaran Buddha hari ini meraikan Hari Wesak meskipun dalam susana norma baharu.

Tinjauan Wacana.my di Kuil Buddhist Maha Vihara, Brickfields d ibu negara mendapati ada individu yang singgah untuk memberi sumbangan di luar pagar kuil itu tetapi mereka dinasihatkan untuk melakukannya secara dalam talian.

Sehingga tengah hari tadi, pihak pengurusan kuil masih lagi meneruskan upacara keagamaan dengan menyalakan lilin.

Seorang petugas menyalakan lilin di Kuil Buddhist Maha Vihara, Brickfields bersempena sambutan Hari Wesak. WMY/Supian Ahmad

Kerajaan sebelum ini menetapkan hanya ketua agama beserta 10 ahli jawatankuasa pengurusan kuil dibenarkan hadir bagi upacara pada hari berkenaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Seorang petugas menyalakan lilin di Kuil Buddhist Maha Vihara, Brickfields bersempena sambutan Hari Wesak. WMY/Supian Ahmad

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut bertitah menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut ajaran Buddha di negara ini.

Menerusi Facebook rasmi Istana Negara, Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari yang bermakna kepada penganut ajaran Buddha ini disambut dalam kebiasaan baharu dengan mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyampaikan ucapan yang sama kepada semua penganut ajaran Buddha di negara ini melalui Facebook rasmi beliau.

Memahami sambutan kali ini diraikan dalam keadaan yang mencabar ekoran penularan wabak COVID-19, beliau berkata perayaan itu pastinya tetap disambut oleh mereka bersama ahli keluarga.

“Sambutan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini sudah tentu akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, selain mencegah jangkitan COVID-19 yang sedang mengancam kehidupan normal masyarakat,” katanya.

Supian Ahmad

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *