Hari Malaysia: Rakyat harus berganding bahu dan bermuafakat demi negara

 Hari Malaysia: Rakyat harus berganding bahu dan bermuafakat demi negara

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Rakyat Malaysia diseru untuk berganding bahu dan bermuafakat dalam membanteras wabak COVID-19.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, perjuangan untuk mengakhiri pandemik COVID-19 ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada semua lapisan masyarakat.

“Ibarat peribahasa ‘seikat bak sirih, serumpun bak serai’, marilah kita sehati sejiwa melakukan yang terbaik demi keluarga masing-masing dan seterusnya negara, dalam kita mengorak langkah ke arah memulihkan nusa tercinta bersama-sama,” katanya dalam kenyataan bersempena Hari Malaysia.

Tambah beliau, sambutan hari yang cukup bermakna ini sekali lagi disambut secara sederhana susulan virus COVID-19 masih lagi menular.

Namun, waktu sukar ini tidak mematahkan semangat setiap rakyat untuk memutuskan rantaian COVID-19.

“Hari Malaysia adalah merupakan antara hari paling bersejarah bagi kita semua rakyat Malaysia, disambut bagi memperingati penyatuan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, yang seterusnya membentuk tanah air yang kita cintai hari ini.

“Kekayaan negara kita hadir dari kepelbagaian antara kita dan dengan berpegang kukuh kepada nilai-nilai murni yang dikongsi bersama, ianya membentuk sebuah asas Keluarga Malaysia yang merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

“Semangat rakyat Malaysia dalam membuktikan komitmen, kesetiaan serta kesepakatan terus berkobar dan membara, terutamanya dalam usaha memutuskan rantaian virus yang berbahaya ini,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  3  =