Hari ini ayah…hari ini!! – Remy Ishak

 Hari ini ayah…hari ini!! – Remy Ishak

PETALING JAYA : Penantian 13 tahun pelakon Zul Ariffin membuahkan hasil apabila berjaya mengenggam trofi bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia 31 (FFM31) yang berlangsung pada malam tadi.

Jelas Zul, filem Sangkar ternyata memberi kenangan manis dan indah buat dirinya kerana kelainan yang ditonjolkan. Malah, turut memberi tuah buat dirinya untuk membawa pulang trofi FFM31.

“Sangkar sangat istimewa kerana bukan sahaja memenangi banyak trofi pada malam ini, malah, tema diketengahkan adalah kemaafan.

“Babak mohon maaf yang dilakukan Remy dalam Sangkar adalah jantung kepada filem ini,” kata Zul.

Sementara itu, Remy Ishak pula menerusi hantaran di media sosialnya mengakui kejayaan yang dikecapi sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi watak sebagai atlet seni bela diri campuran (MMA) dalam Sangkar bukan sesuatu yang mudah.

“Pernah dulu arwah ayah tanya, “Abang Emy bila nak pegang trofi FFM?,”  ini.

“Bukan kerja senang…lepas jari kaki patah training BJJ dengan koreografer, lepas seksa mental dan fizikal untuk naikkan berat badan dari 78 kilogram (kg) ke 90 kg dalam masa sebulan.

“Lepas  training fights siang malam, lepas fights on scenes dengan jari kaki yang patah tapi berlakon macam tiada apa-apa yang berlaku dan lepas ayah pergi tinggalkan dunia.. 

“Hari ini ayah… hari ini!”,” katanya.

Terdahulu, mengulas kemenangannya Remy meluahkan rasa syukur kerana trofi itu sudah lama diidamkan.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

36  −  35  =