• Sunday, 20 June 2021, 8:08 am

“Harga minyak perlu selaras, tidak bebankan rakyat” – Ketua Pemuda PN

 “Harga minyak perlu selaras, tidak bebankan rakyat” – Ketua Pemuda PN

Kredit fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Dengan pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan pelbagai lapisan masyarakat, masih terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang keperluan terutamanya minyak masak, sekali gus menambah bebanan pengguna.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin

Menurut Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berkata harga minyak masak naik secara drastik dalam jarak tempoh dua minggu akhir ini.

“Minggu lalu, harga minyak masak 5kg adalah sekitar RM25-RM28. Minggu ini, harganya mencecah RM32-RM36. Penambahan sebanyak ini boleh berlaku dalam jarak masa dua minggu sahaja.

“Disebabkan minyak masak merupakan antara keperluan utama dalam isi rumah dan perniagaan, kami berharap pihak KPDNHEP mengambil tindakan tegas kepada peniaga yang menaikkan harga minyak masak,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Selain itu, Khairil juga memohon pihak kerajaan menambah kuota pengeluaran serta memperkenalkan subsidi minyak masak selain menggesa KPDNHEP menetapkan harganya dalam pasaran.

Tambahnya, pihak KPDNHEP turut perlu menjalankan operasi pemeriksaan anti pencatuan secara besar-besaran ke atas premis yang menyembunyikan minyak masak untuk menaikkan harga.

“Pemuda PN memohon pihak kerajaan menstabilkan bekalan dalam negara dengan menyeimbangkan peratusan eksport dan keperluan bekalan minyak masak dalam negara selain memohon pihak KDN meningkatkan operasi mencegah penyeludupan minyak masak yang menyebabkan berlakunya ketirisan bekalan tempatan,” katanya.

Menurut Khairil, pihaknya mengajak para pengguna untuk menggunakan kuasa beli pengguna untuk memberi tekanan kepada pengeluar supaya dapat menurunkan harga.

“Pemuda Perikatan Nasional akan terus menjalankan fungsi dan peranan semak dan imbang untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi fokus perjuangan utama Perikatan Nasional,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *