Harga kekasih Picasso lebih AS$100 juta

 Harga kekasih Picasso lebih AS$100 juta

Kredit foto BBC

SEBUAH lukisan portret yang dihasilkan oleh pelukis lagenda Pablo Picasso atau Picasso, dijual dengan harga AS$103.4 juta menerusi lelongan Christie’s di New York, sekali gus memecahkan anggaran penjualan awal pada harga AS$55 juta.

Karya seni yang mengetuai lelongan bertema ‘Penjualan Petang Abad ke-20’ yang berlangsung pada 13 Mei lalu itu bertajuk ‘Femme assise près d’une fenêtre’ atau ‘Wanita yang duduk di tepi tingkap’ adalah kekasih Picasso yang berasal dari Perancis, Marie-Therese.

Pablo Picasso –Kredit foto Britannica

Menurut Ketua Jabatan Impresionis dan Seni Moden di Christie’s, Keith Gill karya itu bukan lagi asing kepada pencinta seni berdasarkan penampilannya di pameran Picasso 1932 yang diadakan di Tate Modern, United Kingdom, pada 2018.

“Karya ini sangat ikonik kerana ianya belum pernah dilelong sejak 2013. Penghargaan terhadap potret Marie-Therese telah mula berkembang sejak 1932, jadi harganya amat sesuai untuk pelukis lagenda ini.

“Selepas perang bidaan yang sengit, lelongan karya Picasso itu dimenangi oleh seorang pembida dalam talian dari California,” kata Keith Gill menerusi satu kenyataan.

Potret Marie-Therese merupakan lukisan ketujuh paling mahal yang dibuat oleh Pablo Picasso manakala hasil karya termahalnya merupakan lukisan Les Femmes d’Alger atau ‘Wanita Aljir’ yang dilukis sekitar 1955 dan dijual pada harga AS $193.5 juta pada 2015 di lelongan Christie’s.

Antara rekod lelongan lukisan Pablo Picasso yang termahal adalah Le Rêve (AS$170.1 juta), Garçon à la pipe (AS$141 juta), Nude, Green Leaves and Bust (AS$124.8 juta) dan Dora Maar au Chat yang dilelong pada harga AS$120.8 juta.

Kini, lukisan termahal yang pernah dilelong adalah potret Salvator Mundi hasil karya pelukis terkenal Leonardo da Vinci yang dijual pada harga AS$469.7 juta yang dibeli oleh putera Arab Saudi, Badr bin Abdullah Al Saud.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

81  −    =  74