Harga hasil pertanian di Cameron Highlands mula naik

 Harga hasil pertanian di Cameron Highlands mula naik

Pelancong memilih hasil pertanian di Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 20 November – Kehadiran pelancong yang semakin bertambah di Cameron Highlands sejak dua minggu lalu digunakan peniaga untuk menaikan harga beberapa produk pertanian yang terkenal di tanah tinggi itu.


Antara hasil pertanian terkenal di pusat pelancongan bertaraf antarabangsa yang mula naik harganya ialah keledek, jagung, strawberi, sayuran dan buah-buahan tempatan.


Tinjauan di pusat pelancongan berkenaan hari ini mendapati kehadiran pelancong yang semakin bertambah sejak dua minggu lalu menjadi faktor utama harga hasil pertaniah bertambah sekali hingga dua kali ganda.


Pelancong Badrul Hisham Ramli, 52 berkata, harga ubi keledek madu oren, ungu dan merah sebelum ini dijual dengan RM6 hingga RM7 sekilogram, kini naik hingga RM10 sekilogram.


Menurutnya, permintaan yang tinggi daripada pelancong mungkin menyebabkan harga ubi keledek naik mendadak, sebelum ini hasil pertanian berkenaan tidak dapat dipasarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Harga jagung di Cameron Highlands kini mula naik


Katanya, turut menerima tempias kenaikan harga ialah strawberi, sebelum strawberi cuma RM30 sekilogram, tetapi kini dijual antara RM45 hingga RM60 sekilogram. Strawberi dalam paket 200 gram biasanya dijual RM7 atau RM20 untuk tiga paket tetapi kini dijual RM 10 sepaket.


“Pelancong seolah tiada pilihan walaupun harga produk pertanian naik namun mereka terpaksa menerimanya hanya kerana ingin membawa pulang buah tangan daripada Cameron Highlands.


“Walaupun mahal pelancong terpaksa juga membelinya,” katanya yang bertugas dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Rakanya Azmi Ahmad, 56 berkata, harga jagung susu sebelum ini dijual dengan harga RM2.50 setongkol, tetapi sekarang harganya RM3.50.


“Setongkol jagung mutiara pula dijual RM2 setongkol berbanding dulu tujuh tongkol RM10,” katanya yang berharap pihak berkuasa dapat memantau harga hasil pertanian di Cameron Highlands.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *