Harga alat ganti kenderaan naik mendadak 60 peratus?

 Harga alat ganti kenderaan naik mendadak 60 peratus?

PETALING JAYA: Selain berita mengenai kenaikan harga bahan mentah seperti sayuran sedang hangat diperkatakan di media sosial, kini timbul pula berita lain yang mengejutkan apabila harga barang untuk alat ganti kenderaan juga bakal berubah dan meningkat dalam masa terdekat ini.

Difahamkan, harga alat ganti buat semua jenis kenderaan di Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan sehingga 60% dalam masa yang terdekat.

Hal ini mungkin akan menggusarkan pemilik bengkel kenderaan dan secara tidak langsung bakal menekan pemilik kenderaan.

Perkara ini terjadi ekoran susulan dari pembukaan semula semua sektor ekonomi dan kebenaran rentas negeri bermula 11 Oktober lalu, selain Malaysia, ada beberapa negara besar seperti China juga mengalami isu yang sama mengenai kenaikan harga barangan jualan alat ganti ini.

kedai alat gantian kenderaan terpakai

Kenaikan harga barangan ini tertumpu kepada semua alat gantian baru mahupun terpakai di Malaysia.

Menurut Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad pula, pihaknya turut menjangkakan kenaikan tersebut.

Malah jelas beliau, peningkatan kos alat ganti akan memberi kesan kepada sektor automotif pada masa akan datang termasuk penurunan dari segi pembelian.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George mendakwa, kebanyakan pengilang alat ganti kini menyimpan semua stok sedia ada sebagai langkah untuk meningkatkan harga barangan tersebut.

“Berdasarkan risikan, kita telah mengenal pasti pengilang dan mereka yang terlibat dalam bidang ini sedang menyimpan stok dan menimbulkan isu kononnya tiada bekalan alat ganti walhal hanya menunggu masa untuk mengenakan harga baharu kepada pengusaha bengkel kereta.

“Perkara ini sudah dirancang sejak September lalu. Jadi dalam keadaan ini, ia adalah satu perkara yang amat dukacita dan tidak boleh diterima,” tegasnya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  25  =  31