Harap UMNO tak main tarik tali

 Harap UMNO tak main tarik tali

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 7 Mac — Parti BERSATU Bahagian Johor Bahru berharap UMNO tidak bermain tarik tali dalam soal menjalinkan kerjasama dengan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Ketua Bahagiannya, Razrul Anuar Rusli berkata, UMNO perlu memikirkan hubungan akar umbi antara kedua-dua parti yang dilihat semakin utuh dan bersatu di bawah Perikatan Nasional (PN).

Katanya, Bersatu Johor Bahru tetap berharap kerjasama yang dijalankan itu akan terus berkekalan demi menjaga kepentingan Melayu.

Razrul Anwar Rusli

“Sekarang ini kita faham sebab apa mereka bermain tarik tali tapi kita tidak mahu masuk dalam kancah masalah itu. Sebab itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ingatkan jangan masuk campur urusan itu.

“Sungguhpun UMNO mengambil keputusan tersebut, kita masih berharap pada PRU-15 nanti, kita boleh kembali bersama-sama. Yang penting orang Melayu jangan berpecah, itu yang kita sayang sekali,” katanya selepas Program Kongsi Bersama Daging Segar di Larkin hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Pesara Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Jemale Paiman dan Ahli Jawatankuasa Bahagian Bersatu Johor Bahru, Syed Mohd. Nazlin Syed Ismail.

Razrul Anuar berkata, Bersatu Johor Bahru menghormati keputusan yang dibuat oleh UMNO dan tidak akan ‘menyerang’ parti berkenaan.

Razrul Anuar Rusli menyampaikan bungkusan satu kilogram daging secara pandu lalu pada Program Kongsi Bersama Daging Segar di Larkin hari ini

Tambahnya, tumpuan parti terarah untuk memberi khidmat bakti yang terbaik kepada rakyat yang merupakan pengundi parti terbabit.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

27  −    =  21