Harap lebih ramai tampil membantu terutama pihak kerajaan – Yang diPertuan Agong

 Harap lebih ramai tampil membantu terutama pihak kerajaan – Yang diPertuan Agong

Menzahirkan keprihatinan Baginda tinggi kepada rakyat yang ditimpa musibah, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli berangkat melawat mangsa-mangsa tanah runtuh yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sg Pencahala hari ini.

Pada lawatan hari ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa banjir di PPS tersebut.

“Allah selamatkan itu hasil dunia,”

“Semua dah musnah. Tiada yang dapat diselamatkan. Saya harap pihak kerajaan prihatin kepada kami dan kami dah tak boleh nak bangun lagi,” luahan mangsa tanah runtuh kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Luahan mangsa tanah runtuh kepada Yang diPertuan Agong

Dalam masa yang sama, Tuanku turut menyampaikan bahawa pihak DBKL yang diketuai oleh YB Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim akan menempatkan mangsa-mangsa banjir di PPS Sg Penchala di Taman Beringin.

“Saya amat sedih dan bersimpati. Namun mereka semua harus menerima ujian Allah ini dengan tabah dan sabar.”

“Setiap insan yang banyak bersabar akan menerima ganjaran

“Saya harap lebih ramai lagi pihak yang akan tampil membantu tidak kira perseorangan, NGO, syarikat sekadar yang mampu termasuklah saya terutama sekali pihak kerajaan.” titah yang diPertuan Agong.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2  +  8  =