• Sunday, 20 June 2021, 11:40 am

Hanya kemuka pas, surat majikan bagi urusan kerja di kawasan PKPD di Perak – Polis

 Hanya kemuka pas, surat majikan bagi urusan kerja di kawasan PKPD di Perak – Polis

IPOH, 22 Mei — Pekerja perkhidmatan perlu dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat mukim di Perak tidak lagi dikehendaki mengemukakan ujian saringan kesihatan untuk keluar dan masuk bagi urusan kerja di kawasan terbabit.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka dibenarkan bergerak dengan hanya mengemukakan pas kerja atau surat majikan.

“Sebelum ini, prosedur operasi standard (SOP) menetapkan mana-mana individu perkhidmatan perlu yang tinggal di dalam kawasan PKPD dan bertugas di luar harus menjalani saringan kesihatan terlebih dahulu di klinik kesihatan berdekatan.

“Mengikut SOP yang terbaharu, saringan kesihatan tidak diperlukan lagi,” menurutnya dalam kenyataan ringkas malam ini.

Empat mukim yang dikenakan PKPD bermula hari ini hingga 4 Jun di Perak ialah Mukim Pengkalan Hulu di daerah Hulu Perak; Mukim Taiping di daerah Larut, Matang dan Selama; Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan di daerah Kinta serta Mukim Hulu Bernam Timur di daerah Muallim.

Sebanyak 276 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Perak hari ini dengan 265 jangkitan tempatan dan 15 jangkitan dari luar negeri.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *