Hanya BN dapat jamin masa depan rakyat.

 Hanya BN dapat jamin masa depan rakyat.

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak berkata perkara itu adalah kerana hanya BN mempunyai rekod baik dalam pembangunan. Foto – AA

TANJUNG BIDARA, 12 NOV — Hanya Barisan Nasional (BN) mampu jamin masa depan rakyat negeri Melaka jika diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak berkata perkara itu adalah kerana hanya BN mempunyai rekod baik dalam pembangunan.

“BN bukan sahaja mempunyai ‘track rekod’ dalam pembangunan dan dalam membela nasib rakyat, tetapi juga boleh menjamin sebuah negara yang aman dan stabil,” katanya ketika ditemui Wacana.my hari ini.

Tambah beliau, BN juga mempunyai agenda besar untuk rakyat.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa PRN Melaka kali ini berpunca daripada ahli UMNO sendiri, Najib berkata perkara tersebut sudah dirancang pihak Pakatan Harapan (PH) sejak tahun lalu.

“Tidak, kerana mereka sudah berpakat, PH sudah berpakat dengan dua orang wakil rakyat kita setahun lebih awal lagi,” katanya.

Menurut Najib, mereka sudah adakan perbincangan oleh itu dua orang wakil rakyat tersebut tidak bertindak tanpa persetujuan PH.

“Tanpa persetujuan PH, tak mungkin mereka akan bertindak,” katanya.

Bekas Perdana Menteri ke-enam itu berkata PH mahukan kuasa di negeri Melaka tanpa melalui pilihanraya katanya. 

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

41  +    =  44