Hantar apa saja, tepat pada masanya dengan BestRide!

 Hantar apa saja, tepat pada masanya dengan BestRide!

KUALA LUMPUR, 30 Jan – BestRide telah melancarkan operasi pengurusan lojistik yang fokus bagi memenuhi kehendak individu dan juga PKS – Perusahaan Kecil dan Sederhana sejak sebulan lalu.

Menurut Pengarah Urusan Operasi, Razwan Ikmal Rusli, walaupun di dalam peringkat pengenalan kepada rakan niaga yang sedia ada sekarang, tempahan aturan lojistik meningkat dari hari ke hari.

“Kami memulakan dengan cara yang mudah iaitu melalu laman web yang ringkas. Aplikasi juga telah dibangunkan, tetapi akan dilancarkan kemudian jika ada permintaan dan keperluan. Setakat ini pelanggan amat mudah menggunakan web www.bestride.my yang ringan dan cepat untuk layari. Objektif utama syarikat ialah urusan pelanggan tiba tepat lokasi dan waktu”, ujar beliau.

Dengan kos penghantaran serendah RM0.88 sekilometer, BestRide mengambil tempahan pelanggan di sekitar Lembah Klang, Cyberjaya, Putrajaya dan Johor Bahru. Penghantaran dilakukan oleh pasukan sepenuh masa syarikat yang professional, komited dan terlatih.

“BestRide juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menjadi sebahagian dari pasukan penghantar secara separuh masa, di mana perkongsian 60% penghantar dan 40% syarikat akan diberikan. Ia sangat baik sama ada bagi mereka yang menunggang motosikal atau urusan yang memerlukan kereta atau van,” tambah Razwan.

BestRide adalah anak syarikat BestPay Solution Sdn Bhd yang merupakan syarikat Teknologi Kewangan (Fintech).

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7  +  2  =