Hameed yakin rakyat buat pilihan tepat

 Hameed yakin rakyat buat pilihan tepat

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

AYER LIMAU – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, yakin BN kekal menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Negeri PRN Melaka yang bakal berlangsung 20 November ini.

Beliau juga yang terkenal dengan panggilan Cikgu Hameed berkata, rakyat di sini masih percaya bahawa BN mampu membela dan memperjuagkan nasib agama Islam, Melayu dan yang lain- lain untuk bebas mengamalkan pegangan agama masing-masing.

“Dengan keyakinan itu, saya yakin BN mampu bertahan di DUN ini bagi penggal akan datang.

“Saya lahir dan di besarkan di sini, menyaksikan sendiri bagaimana rakyat sentiasa bersama BN walau sudah banyak pertukaran jentera kerajaan berlaku,” katanya ketika menghadiri majlis santai bersama anak muda di Taman Seri Aman, di sini.

Hameed, 48, yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah berkata, fokus utamanya adalah memastikan bantuan pendidikan tidak putus terhadap setiap ahli keluarga kerana pendidikan mampu mengubah status kehidupan seseorang.

“Pihak saya sentiasa terbuka sekiranya ada penduduk yang berhadapan masalah untuk membiayai pendidikan, saya tidak mahu ada yang keciciran kesan daripada rantaian pandemik Covid-19 yang melanda negara dan global,” katanya.

Tambah beliau, seramai 11,200 pengundi di DUN ini yang dijangka akan memilih wakil rakyat mereka nanti.

“Daripada jumlah itu, seramai 4,600 pemilih daripada generasi muda, jadi fokus saya tetap sama iaitu pendidikan dan sukan sentiasa berjalan seiring dalam memastikan pembangunan rakyat tidak ketinggalan,” katanya.

Calon BN, DUN Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer sedang membakar ayam untuk majlis santai anak muda di Taman Seri Aman

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  55  =  56