Hakim Mahkamah Tinggi boleh semak semula hukuman

 Hakim Mahkamah Tinggi boleh semak semula hukuman

Oleh Fhatihah Zakinan

PUTRAJAYA, 15 Jan 2022 – Hakim Mahkamah Tinggi boleh menyemak semula keputusan hukuman oleh Mahkamah Rendah yang secara berlebihan atau kurang sesuai daripada undang-undang sedia ada.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, undang-undang sedia ada membolehkan perkara itu diperiksa semula dengan merujuk rekod kes berkaitan jika terdapat sumber atau laporan akhbar.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat

“Kalau dapat tahu daripada laporan akhbar atau mana-mana sumber, jika berpendapat bahawa keputusan yang dibuat agak berlebihan atau kurang sesuai daripada undang-undang sedia ada, ada kemungkinan boleh dilakukan.

“Terpulang kepada Hakim Mahkamah Tinggi masing-masing,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Mahkamah Persekutuan, di sini, pada Jumaat.

Tengku Maimun berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hukuman 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang terhadap seorang remaja lelaki kerana cuba mencuri tabung masjid.

Terdahulu, seramai 430 jemputan mengikuti majlis berkenaan iaitu 80 secara fizikal manakala selebihnya secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.

Remaja dipercayai cuba mencuri disimbah air ala penyeksaan militan Waterboarding oleh pihak masjid

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Bagi yang mengikutinya aplikasi Zoom pula antaranya Ketua Mahkamah Agung Republik Indonesia, Profesor Dr Muhammad Syarifuddin; Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung Filipina, Alexander G Gesmundo dan Ketua Hakim Syarie Malaysia, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  3  =