Hak PM buat rombakan – Muhyiddin

 Hak PM buat rombakan – Muhyiddin

MUAR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sama ada ingin membuat rombakan Kabinet atau tidak, termasuk membabitkan beberapa menteri daripada parti itu.

Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan, Perdana Menteri mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan dalam barisan Kabinet mengikut perancangan tersendiri.

Namun, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

“Saya bukan Perdana Menteri, elok tanya Perdana Menteri (dan) kalau ada pun itu perancangan Perdana Menteri buat.

“Saya tak boleh nak komen, itu hak Perdana Menteri (sama ada) dia nak rombak atau tak rombak, itu hak dia. Tapi biasalah dalam politik 

orang buat ramalan, jadi terserah kepada Allah SWT dan Perdana Menteri untuk putuskan,” katanya selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Balaj Raya Kampung Jawa di Lenga, hari ini.

Ismail Sabri dilaporkan akan mengadakan perbincangan empat mata dengan Muhyiddin bagi membincangkan rombakan Kabinet membabitkan dua menteri daripada BERSATU.

Beliau dikatakan tidak berpuas hati dengan prestasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad yang gagal memainkan peranan berkesan semasa bencana banjir baru-baru ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang terletak di bawah portfolio Dr. Abd. Latiff dikritik hebat kerana gagal memainkan peranan berkesan mengkoordinasi operasi menyelamat dan memberi bantuan semasa bencana banjir.

Selain Abd. Latiff, antara nama lain dari BERSATU yang dilaporkan akan digugurkan daripada Kabinet ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang mencetuskan kontroversi apabila penularan video yang menampakkan seolah-olah beliau berlakon membersihkan kawasan banjir yang telah bersih.

Seorang pemimpin daripada UMNO yang dilaporkan turut akan digugurkan ialah Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang menjadi kontroversi kerana memberi penjelasan kepada Ahli Parlimen mengenai agihan peruntukan RM100 juta Unit Transfomasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Walau bagaimanapun semalam, Ismail Sabri ketika diminta mengulas khabar angin itu berkata, selagi tiada kenyataan rasmi daripada beliau berhubung perkara tersebut, orang ramai boleh menganggap berita itu hanya spekulasi.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

89  +    =  97