#WAAW: Hadiah hari jadi paling bermakna buat Yusry

 #WAAW: Hadiah hari jadi paling bermakna buat Yusry

PETALING JAYA : Pelakon, Datin Lisa Surihani selamat melahirkan bayi lelaki sekitar jam 2.30 pagi Selasa.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim yang turut memaklumkan isteri dan bayi lelaki mereka kini dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2:30 pagi.

“Bayi dan ibu kedua-duanya dalam keadaan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Yusry meluahkan rasa syukur atas hadiah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-48 yang disifatkan cukup bermakna buatnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan selebriti lain mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Untuk rekod, pasangan Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012.

Pasangan selebriti itu turut dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, enam tahun dan Yusof Leonne, empat tahun.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *