GVE Asia lancar program rekrut pekerja dari B40

 GVE Asia lancar program rekrut pekerja dari B40

Datuk Seri Devan Vidondaraja (kiri) dan Pegawai JKM Ramacantiran M Ananthan di Flat PPR Enggang, Kinrara Puchong

Oleh Suraya Ali

PUCHONG, 5 APRIL — Sebuah syarikat korporat hari ini merancang untuk melancarkan program rekrut pekerja khusus untuk golongan berpendapatan rendah atau B40.

Pengarah Urusan Kumpulan GVE Asia Sdn Bhd, Datuk Seri Devan Vidondaraja berkata pihaknya berminat untuk membantu golongan B40 kerana sepanjang negara dilanda wabak Covid-19 golongan ini paling banyak terjejas dari segi ekonomi.

“Kami banyak menawarkan pekerjaan seperti pengawal keselamatan, pencuci, pengasuh kanak-kanak, pembantu rumah  dan kebanyakkan mereka adalah dari golongan warga asing, ” katanya.

Menyedari ramai warga tempatan yang lebih memerlukan, Devan kini komited untuk membuka peluang pekerjaan tersebut kepada rakyat tempatan.

“Negara kita ada ramai tenaga kerja berkeupayaan dan berkelayakan  jadi mengapa mahu mengambil warga asing sebagai keutamaan untuk mengisi jawatan kosong yang ada, lebih baik kita menawarkannya kepada warga Malaysia dahulu,” katanya ketika ditemui di PPR Enggang, Kinrara Puchong disini.

Turut hadir adalah pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang beroperasi di flat PPR Enggang, Kinrara Puchong, Ramacantiran M Ananthan.

Justeru, Devan mengajak semua majikan yang ada keperluan menggajikan pekerja untuk menghubunginya bagi sama-sama menjayakan program tersebut tanpa melibatkan sebarang kos pengurusan.

Majikan dan pekerja yang berminat boleh menghubungi GVE Asia di talian 012 776 4715 atau email hr@gveasia.com

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  4  =