Guru Kemas dibenar berpolitik semula

 Guru Kemas dibenar berpolitik semula

Sumber :Kemas

KUALA LUMPUR, 22 JAN 2022 – Semua guru dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dibenar bergiat dalam bidang politik semula mengikut prinsip demokrasi seluruh rakyat di negara ini, berkuatkuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) disaran mengeluarkan surat pekeliling mengenai perkara itu dengan segera supaya tiada lagi tekanan diberikan kepada guru di peringkat berkenaan.

“Sebelum ini, kakitangan Kemas dibenarkan berpolitik seperti rakyat biasa namun sejak pemerintahan Pakatan Harapan (PH), mereka tidak lagi boleh berpolitik.

“Oleh itu, saya turut mengumumkan bahawa petugas Kemas dibenarkan berpolitik tertakluk kepada peraturan jabatan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Khas Badan Perhubungan UMNO Kelantan Bersama Perdana Menteri di Dewan UMNO, hari ini.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO itu berkata, meskipun dibenarkan berpolitik, mereka tidak boleh meninggalkan tugasan masing-masing.

Katanya, tindakan disiplin mengikut kepada jabatan tertentu akan dikenakan kepada mereka jika mengabaikan tugas asal sekiranya terlibat dalam politik.

Sumber : Kosmo Online

fhatihah Zakinan

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1  +    =  7