Guru henti rakam video yang menjengkelkan

 Guru henti rakam video yang menjengkelkan

ALOR SETAR, 25 Januari 2022 -Warga pendidik diingatkan berhati-hati ketika membuat rakaman video ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta ditularkan ke media sosial yang boleh mengundang salah faham di kalangan warganet terhadap profesion perguruan.

Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md Kechik berkata, sejak kebelakangan ini terdapat banyak video yang tular melalui pelbagai platform media sosial yang menjengkelkan orang awam.

Antara tangkap layar video yang tular berkaitan dengan guru yang dipercayai menjengkelkan umum

Katanya, penularan video itu mungkin mempunyai tujuan yang baik tetapi apabila ditularkan boleh mendatangkan 1001 persoalan.

“Kita tidak tahu orang awam mempunyai persepsi yang berbagai, malah menjadikan video yang dirakam itu diperdebatkan mengikut fikiran dan sudut pandangan orang awam masing-masing.

“Mungkin akan menjadi cemuhan terhadap guru yang merakam video itu serta yang boleh membawa satu pandangan negatif,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, baru-baru ini terdapat satu video menunjukkan guru sedang bertanya soalan kepada seorang murid, murid berkenaan tidak menjawabnya mungkin dipercayai menghadapi kekurangan dari segi fizikal di bahagian mulutnya dan malu.

“Oleh itu setiap guru perlu peka dengan rakaman yang dibuat, mungkin waris murid itu boleh menyaman guru berkenaan kerana memalukan murid dan keluarganya.

“Terdapat juga satu rakaman menunjukan guru ‘berleter’ kepada muridnya, warganet mempunyai pandangan berbeza, tidak semua berpandangan sama dengan apa yang guru berkenaan fikirkan,” katanya.

Katanya, bagi menggelak kejadian yang boleh menjejaskan reputasi guru, pastikan setiap rakaman itu berpandangan dari sudut positif, seperti murid boleh berbicara lancar, latihan subjek tertentu yang menakjubkan daripada kebolehan murid dan perlakuan murid yang menunjukkan sikap positif dan murni yang tinggi.

Amir Hamzah Nordin

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

49  +    =  54