Guru dapat hadiah sebuah kereta daripada alumni pelajar

 Guru dapat hadiah sebuah kereta daripada alumni pelajar

PETALING JAYA: Bagi menghargai jasa dan pengorbanan seorang bekas guru, beberapa alumni pelajar telah bersepakat untuk menghadiahkan sebuah hadiah lumayan kepada guru yang pernah mendidik mereka satu ketika dahulu.

Difahamkan, pelajar alumni daripada Kolej Tunku Kursyiah, Seremban telah mengambil insiatif untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada salah seorang guru.

Hadiah sebuah kereta Perodua Aruz itu telah diberikan kepadanya hasil kutipan wang daripada bekas pelajar, itu adalah salah satu cara bagi mereka mengenang jasa beliau sewaktu berkhidmat kerana banyak jasa serta pertolongan telah dibuat daripadanya.

Mungkin jarang dilakukan oleh segelintir bekas pelajar untuk menghadiahkan kereta, namun itulah realitinya.

Kolej Tunku Kursyiah

Difahamkan, guru yang menerima hadiah tersebut bernama Ahmad Bin Bidin dan berkhidmat untuk Kolej Tunku Kursyiah sejak daripada tahun 1987 hingga 2021.

“Untuk itu, encik Ahmad yang ketika itu bertindak sebagai PK Kokurikulum menjadi insan yang kerap menjadi pendengar yang setia.

“Bukan encik Ahmad yang untung dapat pelajar macam kami. Kami yang beruntung sebab dapat guru yang berjaya mendidik kami sehingga menjadi orang,” komen salah seorang alumni pelajar berkenaan.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  2  =