Guru berisiko tinggi fokus fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

 Guru berisiko tinggi fokus fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Muslimin Yahaya berucap sempena Program Malaysia Prihatin: Taklimat Isu-Isu Semasa Kempen Kesederan Vaksin COVID-19

SABAK BERNAM, 9 April — Kira-kira 55,000 guru yang dikategorikan sebagai golongan berusia dan berisiko tinggi akan diberi keutamaan pada fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Muslimin Yahya.

“Mereka (guru-guru) yang berisiko tinggi ini akan berada pada fasa kedua. Kita baharu selesai fasa pertama melibatkanĀ frontliner.

“Untuk cikgu, sudah ada yang dapat (vaksin COVID-19) bersama Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin ketika itu, dan fokus kita adalah sebanyak 55,000 guru yang berisiko tinggi dan selepas daripada itu kita beransur maju dengan fasa ketiga dan keempat,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada sidang media selepas Program Malaysia Prihatin di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar berkata Program Malaysia Prihatin ini bertujuan memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung inisiatif dan langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam menangani COVID-19 dan program imunisasi kebangsaan.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

97  −    =  91