Guna robot ultraviolet bagi membasmi virus di sekolah

 Guna robot ultraviolet bagi membasmi virus di sekolah

NEW MEXICO, 29 Mac – Sekolah-sekolah di sebuah daerah di Amerika Syarikat bakal dibekalkan dengan robot dalam usaha melawan wabak COVID-19.

Blue Ocean Robotics, pengeluar bagi robot pembasmian kuman berautonomi yang dilengkapi dengan cahaya UV-C, telah dipilih oleh Gallup McKinley County Schools (GMCS) di New Mexico untuk membekalkan 37 robot UVD (ultraviolet disinfecting) ke sekolah-sekolah daerah itu bagi membantu memerangi koronavirus dan penyakit berjangkit yang lain.

“COVID telah memberi kesan luar biasa kepada komuniti kami. Keselamatan pelajar dan kakitangan kami, membangunkan satu perancangan untuk membawa mereka semua kembali ke sekolah dengan cara yang paling selamat mungkin adalah merupakan perhatian utama kami,” kata Penguasa Gallup McKinley Michael Hyatt.

Robot UVD telahpun digunakan di hospital bagi membasmi kuman dalam wad dan bilik pembedahan

“Kami mahukan satu penyelesaian pembasmian kuman jangka panjang yang lebih besar, dengan menambahkan satu lapisan perlindungan yang akan menyahjangkit permukaan dan udara di bangunan-bangunan kami dan membantu memerangi COVID, selesema, demam selesema dan penyakit berjangkit untuk tempoh bertahun-tahun yang akan datang.”

GMCS meliputi sebuah komuniti dengan banyak kawasan luar bandar yang menghadapi isu-isu infrastruktur yang menjadikan pembelajaran maya sebagai satu cabaran, kira-kira 1,500 orang pelajar tidak mempunyai internet di rumah. Daerah itu juga mendidik banyak pelajar pendidikan khas yang belajar dengan lebih baik di dalam bilik darjah.

“Tidak seperti robot pembasmi kuman pegun, robot UVD adalah sebuah robot yang sepenuhnya berautonomi. Ia menggabungkan cahaya UV-C untuk membasmi kuman terhadap virus dan bakteria di permukaan dan di udara, membunuh 99.99 peratus mikroorganisma dalam masa kira-kira 10 minit di setiap bilik yang ia nyahjangkit,” kata Claus Risager, Ketua Pegawai Eksekutif, Blue Ocean Robotics.

“Kami telah memilih robot UVD setelah meneliti secara ketat pelbagai robot pembasmi kuman,” kata Hyatt. “Robot UVD menyampaikan semua keperluan kami termasuk keunggulan teknikal, kematangan dan rekod prestasi, kualiti pengerahan, sokongan teknikal dan penyelenggaraan, dan nilai secara keseluruhan.”

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

71  +    =  76