Guna guni bungkus 5 laras senapang angin, cuba diseludup

 Guna guni bungkus 5 laras senapang angin, cuba diseludup

Dua laras senapang angin dan peluru yang cuba diseludup dibungkus dalam guni bagi mengelirukan pihak berkuasa

BATU PAHAT: Satu karung guni putih dan beg hitam yang tergantung di Beacon Panjang Utara pada kedudukan 13.5 batu nautika barat daya Pulau Sialu menimbulkan perasaan curiga.

Apabila diperiksa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat, nyata kandungan bungkusan itu amat mengejutkan, iaitu lima laras senapang angin berserta sebuah kotak besi berisi peluru jenis bearing ditemukan.

Gbar ihsan maritim

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, pihaknya mendapat maklumat senjata api itu cuba diseludup sebelum melakukan risikan dan intipan mulai jam 7.20 malam. 

“Aset maritim kemudian melaksanakan pemantauan sekitar lokasi berkenaan. Tiada sebarang pergerakan bot atau suspek mencurigakan di sekitar lokasi penemuan.

‘Namun sewaktu pasukan operasi melakukan pemeriksaan sekitar kawasan Beacon Panjang Utara telah menjumpai satu karung guni putih dan satu beg hitam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, keseluruhan barang itu dianggarkan bernilai RM10,000 dan dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat di bawah Akta Senjata Api 1960, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000

atau kedua-duanya sekali. 

Maritim Malaysia katanya, akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan. 

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline, Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat menerusi talian 07-4344020 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  43  =  53