Gulai Kawah Pozi penuhi menu tradisi Terengganu 

 Gulai Kawah Pozi penuhi menu tradisi Terengganu 

KUALA TERENGGANU, 12 Mei – Sepanjang Ramadan dan sepanjang sambutan perayaan Aidilfitri, antara menu wajib yang dihidangkan di kebanyakan rumah di Terengganu ialah gulai kawah.

Kelainan Gulai Kawah Pozi ialah beliau menggunakan daging segar  lembu yang disembelih setiap pagi.

Menurut usahawan katering, Mohd Pozi Hasan, 37,  dari Batu Rakit disini, gulai kawah daging tempatan walaupun kosnya mahal kerana bahan mentah mahal; tetap menjadi menu pilihan dan kegemaran masyarakat tempatan.

“Saya cuba perkenalkan produk baru sesuai dengan norma baharu COVID-19 kerana pelanggan saya, masyarakat di sini rindukan lauk yang sinonim dengan majlis keraian,” katanya kepada Wacana.my ketika ditemui di sini.

Menurut Pozi, resipi yang dipelajarinya adalah tradisi masyarakat tempatan.

“Apabila saya sertai gotong-royong bersama masyarakat di sini, saya mula belajar daripada mereka yang lebih tua cara memasak gulai daging ini,” katanya.

“Resipi saya gunakan adalah resipi asli syarikat Pozi Katering. Kami juga ada pilihan gulai sejuk beku untuk dimakan bila-bila masa dan hanya perlu dipanaskan,” katanya.

Menurut usahawan muda ini, pelanggannya terdiri dari warga tempatan seluruh negara.

“Menariknya, pelanggan saya berkongsi pelbagai cara menikmatinya seperti roti, lempeng, bubur lambuk, nasi putih, nasi minyak dan sebagainya,” katanya.

Dengan keadaan ekonomi tidak menentu, Pozi banyak bergantung kepada isterinya, Siti Zubaidah Abdul Rahman, 35 yang berperanan sebagai pemangkin semangatnya untuk terus berusaha.

“Nasihat saya kepada anak muda yang baru berjinak mahu berniaga atau buntu kerana terjejas akibat pendapatan merundum, carilah kelainan dalam perniagaan yang umum,” katanya.

Wabak COVID-19 banyak membawa keburukkan dalam ekonomi dunia dan negara selain menjejaskan keselamatan kita semua namun, hikmah yang beliau dapati ialah usahawan sepertinya lebih kreatif dan gigih mencari kelainan dalam perniagaan.

“Usahawan kecil seperti kami terpaksa memerah keringat dan minda bagi mencuba sesuatu yang baru serta keluar dari zon selesa. Siapa sangka resipi tradisi turun temurun menjadi sumber pendapatan baru kami,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

11  −    =  10