GRAB membebankan atau menyenangkan rakyat?

 GRAB membebankan atau menyenangkan rakyat?

PETALING JAYA: Jika kita lihat di era permodenan ini, segala pembelian tidak lagi memerlukan transaksi tunai, semuanya boleh dilakukan menerusi secara “online” atau dalam talian.

Pembelian menerusi dalam talian mahupun e-hailing seperti Grab, Food Panda atau Shoopee Express kini menjadi pilihan buat masyarakat. Ini kerana ia memudahkan serta cepat, malah proses pembelian juga boleh dilakukan di mana-mana saja tanpa perlu bersesak serta beratur di kedai.

Jika dahulunya, sistem e-hailing hanya tertumpu kepada pengangkutan saja, namun setelah mendapat permintaan yang tinggi, kini mereka telah beralih operasi dan telah monopoli pasaran peruncitan di Malaysia.

Difahamkan, salah sebuah syarikat e-hailing iaitu Grab Holdings Ltd (Grab), firma pengangkutan dan penghantaran terbesar di Asia Tenggara, sedang dalam proses membeli rangkaian pasar raya premium Jaya Grocer, yang dikatakan bernilai sehingga RM1.8 bilion, sebagai sebahagian daripadanya pengembangan Grab ke dalam segmen runcit.

Melihat daripada itu, jelas terbuktilah bahawa syarikat jenis “e-hailing” kini dalam proses untuk monopoli pasaran runcit di Malaysia kini.

Ekoran itu, mengikut kajian yang dibuat berdasarkan pemerhatian, rata-rata rakyat di Malaysia mempunyai rungutan akan perkara ini, malah ada yang mendakwa dengan penguasaan e-hailing terhadap sektor peruncitan, ia seakan membunuh perusahaan lain serta perniaga kecil yang mungkin akan mengalami kerugian hasil daripada kekurangan jualan semasa.

Kedai runcit di kawasan Selangor

“Bagi saya perkhidmatan Grab, Food Panda ni semua, memang bagus tapi selaku peniaga memang terasa sebab harga berbeza dan pembeli boleh membuat pilihan kedai mana yang mereka gemari, jadi saingan disitu agak sengit,” kata salah seorang peniaga.

Menurut kajian daripada orang ramai pula, kebanyakkannya beranggapan bahawa kewujudan e-hailing di pasaran runcit akan memberikan beban buat mereka dari segi kenaikan harga barang.

Harga jualan di pasaran jauh berbeza berbanding penjualan menerusi sistem “e-hailing” kerana akan dikenakan cas penghantaran.

“Rasanya kewujudan sistem e-hailing dalam pasaran runcit memang bagus sebab memudahkan, tapi ada keburukannya, harga barang berbeza, tambah pula dengan cas perkhidmatan penghantaran, jadi harga barang tersebut menjadi dua kali ganda mahal berbanding harga asal,” kata salah seorang pembeli.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  54  =  59