• Thursday, 17 June 2021, 1:57 pm

Google rancang bina prosesan gambar lebih tepat

 Google rancang bina prosesan gambar lebih tepat

SEJAK era penggunaan filem sebagai medium fotografi sehingga era kamera digital, masalah lama yang sering dihadapi adalah pemprosesan gambar terhadap objek hitam atau seseorang yang berkulit gelap boleh dikatakan tidak adil berbanding yang berkulit cerah.

Syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat, Google, menerusi satu kenyataan mengumumkan usaha untuk mengatasi isu ini dalam produk kamera serta pemprosesan gambar, dengan fokus untuk menjadikan gambar lebih cantik dan lebih tepat.

Perubahan ini akan dibawa kepada kamera telefon pintarnya, Pixel, yang bakal diumumkan pada hujung tahun ini. Selain itu, Google merancang untuk meluaskan teknologi ini ke seluruh ekosistem Andoid.

Secara khusus, Google menggunakan kecerdasan buatan (artificial intelligence) serta data yang terkumpul mengenai wajah berkulit gelap untuk mengubah algoritma pemprosesan gambarnya serta meningkatkan ketepatan warna kulit gelap.

“Dengan penyesuaian ini, Google mahu menghasilkan gambar yang lebih tepat, tanpa kehilangan warna dan tidak terlalu terang. Teknologi ini mampu menjadi penanda aras kepada industri pemprosesan gambar,” katanya.

Baru-baru ini, Google telah menambah baik mod potret swafoto, dengan perubahan yang mendalam dan tepat untuk jenis rambut kerinting dan bergelombang.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan berkata, masih banyak yang harus dilakukan, walaupun pernah tersadung pada masa lalu dalam hal ini, namun mengatakan kali ini ianya langkah yang selamat dan ke arah yang betul.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *