Gigitan cinta di leher pembantu rumah undang amarah Awie

 Gigitan cinta di leher pembantu rumah undang amarah Awie

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Penyanyi, Datuk Awie membuka peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah selepas mengakui trauma dengan insiden pembantu rumahnya warganegara asing melarikan diri dan meninggalkan pintu rumah terbuka ketika dua orang anak daranya sedang tidur.

“Sudahlah dia melarikan diri, kemudian dia mencabar saya pula untuk mencarinya sehingga jumpa. Mujurlah saya mempunyai rakan-rakan di sekitar kawasan rumah dan menjumpa pembantu rumah itu di Chow Kit.

“Memandangkan dia masih muda, keinginan bercinta itu masih ada dan faktor itu yang memberi impak negatif kepada diri. Apatah lagi, saya ternampak kesan ‘love bite’ di leher pembantu rumah kerana bercinta dengan warganegara asing lain.

“Lebih mengundang marah apabila dia balik mengambil barang kemudian membiarkan pintu terbuka sedangkan dua orang anak-anak perempuan saya sedang tidur di atas,” kata Awie kepada Wacana.my

Dato Awie temui ketika Majlis Pelancaran Produk Makanan RWe semalam

Awie ditemui di majlis pelancaran produk makanan sambal yang didatangkan dalam empat variasi iaitu Sambal Merah, Sambal Ikan Sepat Masin, Sambal Ikan Kembung Masin dan Sambal Paru.

Awie mula turun ke dapur sejak keruntuhan rumah tangga kedua, yang mana dia memasak sendiri untuk anak-anaknya.

“Hikmah di sebalik keruntuhan rumah tangga yang kedua, saya mula belajar masak sambal. Tidaklah mahir tetapi saya boleh memasak makanan asas, yang boleh isi perut.

“Lagipun saya sendiri kurang gemar dengan makanan yang dimasak oleh pembantu rumah. Lebih puas apabila anak-anak menikmati juadah air tangan saya,” kata Awie.

Dalam pada itu, Awie turut berkongsi nama penuh anak keenamnya, Putera Ahmad Andeeka yang kini berusia sebulan lebih. Teruja dengan kelahiran puteranya itu, keluarga besarnya bertambah meriah dengan kehadiran Andeeka.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  72  =  79