Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
GEONAT belum sedia dedahkan laluan sejarah Gunung Lanno

IPOH, 9 Mac — Persatuan Jurupandu Pelancong Geopark Warisan Alam Semulajadi Perak (GEONAT) masih belum bersedia untuk mendedahkan perincian lokasi satu laluan zaman penjajahan British menghubungkan dua kampung di kawasan selatan Gunung Lanno, Simpang Pulai di sini.
pemerintahan British di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Pertama.
GEONAT seterusnya menjelajah kawasan berkenaan selepas menerima maklumat daripada penduduk setempat, tiga bulan lalu.
Namun, kebanyakan kawasan kampung itu kini menjadi kawasan
perindustrian.
Mohd Fadly berkata, kajian GEONAT kelak akan dibentangkan kepada pihak berkaitan termasuk persatuan sejarah dan institusi pengajian tinggi bagi menjalankan kajian yang lebih terperinci.
Banyak keunikan di kawasan terbabit yang berpotensi dimajukan menjadi pusat konservasi, malah sesuai dijadikan lokasi aktiviti seperti berkayak atau lokasi pelancongan, kerana terdapat kolam sedalam kira-kira 2 meter berkeluasan 4,000 meter persegi yang mengalir dari kawasan bukit.
“Selain itu, GEONAT ingin membekalkan pengetahuan kepada rakyat Malaysia selain membangunkan lanskap eko-pelancongan negara,” katanya.