Gempa bumi: 20 maut lebih 200 cedera

 Gempa bumi: 20 maut lebih 200 cedera

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Sekurang-kurangnya 20 maut dan lebih 200 yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi di wilayah Balochistan, Barat Daya Pakistan pada awal pagi Khamis.

Menurut laporan agensi, pegawai pengurusan bencana memaklumkan, angka korban dijangka meningkat memandangkan usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan.

Semakan Wacana.my mendapati gempa sekuat 5.9 pada skala Richter itu berpusat 34 kilometer dari wilayah Ziarat, Pakistan berlaku jam 3 pagi semalam waktu tempatan.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dilaporkan menawarkan bantuan dan pampasan kepada mangsa yang terlibat.

Antara yang maut adalah wanita dan kanak-kanak.

US Geological Survey melaporkan gegaran pada magnitud 5.7 itu berlaku jam 3 pagi di bandar Quetta dan kawasan sekitarnya.

Operasi menyelamat sedang dijalankan, dan media tempatan melaporkan bahawa doktor tentera dan paramedik telah sampai ke kawasan yang paling teruk.

Sebilangan besar kerosakan melibatkan daerah Harnai, yang terletak kira-kira 100km (60 batu) di timur Quetta.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

30  −  26  =