Gembira berbasikal bersama keluarga, benarkah Nynaa Harizal diculik?

 Gembira berbasikal bersama keluarga, benarkah Nynaa Harizal diculik?


PETALING JAYA : Pelakon, Nynaa Harizal kelihatan gembira meluangkan masa dengan berbasikal bersama ahli keluarganya menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram empat hari lalu.

Perkongsian Nynaa itu sekali gus bercanggah dengan kenyataan suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas yang mendakwa pelakon wanita itu diculik oleh bapanya sendiri.

Malah, menerusi ruangan komen warga maya mula mempersoalkan video yang dimuat naik oleh Nynaa yang dikatakan sedang bergembira bersama keluarganya. 

Namun, ada juga yang beranggapan video yang dikongsikan adalah video lama yang baru saja dimuat naik. 

Terdahulu, Fahmi Ilyas membuat laporan polis mendakwa isterinya telah ‘diculik’ oleh bapa mentuanya, Mejar (B) Harizal Hashim ketika Nynaa berada di set penggambaran sebuah drama di Setia Alam, Shah Alam.

Menerusi sebuah sidang media tergempar, Fahmi Ilyas mendakwa keluarga Nynaa membawa isterinya itu pulang ke Johor secara paksa, untuk tujuan berubat.

Pada sidang media itu juga Fahmi Ilyas mendakwa terputus hubungan komunikasi dengan isterinya selepas berhubung buat kali terakhir pada Selasa, 2 November lalu.

Fahmi Ilyas juga mendakwa pengawal peribadinya yang juga pemandu kepada Nynaa diugut dengan menggunakan senjata api oleh bapa pelakon itu. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

75  +    =  79