Gelandangan perlu diberi vaksin – PBSM

 Gelandangan perlu diberi vaksin – PBSM

Mohd. Rashidi menyampaikan bungkus makanan kepada golongan gelandangan di Laman Tun Sri Lanang, Johor Bahru, semalam. Foto WMY/Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 21 Jun – Golongan gelandangan di bandar raya ini perlu diberi suntikan vaksin COVID-19 bagi mengelak penularannya dalam komuniti berkenaan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kesihatan Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia, Datuk Mohd. Rashidi Mohd. Noor berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan negeri pada minggu lepas.

Ketika ini dianggarkan seramai 229 gelandangan berdaftar dengan PBSM.

“Kita mahu kerajaan negeri turut ambil perhatian. Justeru, minggu lepas kita telah bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Yang Berhormat Zaiton Ismail dan beliau telah bersetuju (untuk memberikan vaksin kepada gelandangan).

Golongan gelandangan di bandar raya ini perlu diberi suntikan vaksin Covid-19 bagi mengelak penularannya dalam komuniti berkenaan.

“Kita usul senarai nama, iaitu seramai 229 gelandangan yang berdaftar di bawah PBSM kerana ada keperluan untuk mereka juga dapat vaksin,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan gelandangan, di sini semalam.

Mengulas laporan media luar yang mendakwa terdapat kira-kira 500 gelandangan di bandar raya ini, beliau berkata, angka itu tidak tepat kerana jumlah sebenar golongan itu tidak melebihi 250 orang.

“Paling banyak kita anggarkan tidak lebih 250 gelandangan dan ia termasuk yang berdaftar di bawah PBSM, iaitu seramai 229 orang. Jadi laporan itu tidak benar,” katanya.

Beliau berharap perancangan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk membina sebuah pusat transit bagi gelandangan di Larkin dapat disiapkan pada akhir tahun ini seperti yang dijadualkan.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  1  =